iLovePalestine.com

Video Sajak Kematian Milik Bekas al-Arqam !

Klip video Sajak Kematian yang ditayangkan pada sesi pengajaran murid Tahun Satu dan Dua sehingga menimbulkan kontroversi, didakwa diterbitkan bekas pengikut al-Arqam.

Bekas Penasihat Undang-Undang al-Arqam, Zabidi Mohamed mendedahkan klip video itu diterbitkan sebuah syarikat diusahakan bekas pengikut al-Arqam yang bertujuan menyebarkan propaganda ajaran kumpulan itu.

Aku hairan mengapa video tersebut boleh ditayangkan di sekolah sedangkan tidak ada keizinan dari kementerian yang berkenaan.Aku memang tidak setuju dengan tayangan video sajak kematian ini.

Sumber : Berita Harian

Tags: , , , ,

Random Posts

7 Responses to “Video Sajak Kematian Milik Bekas al-Arqam !”

  1. EiNS:

    Seram siot video tu…budak2 tgok lg laaa….

    [Reply]

  2. adib.:

    yg dekat itu mati..tgh tulis nih pon bleh mati la..igt tu…melentur buluh biar dari rebungnya..apa bro nk komen…lg satu sajak kematian lg bagus daripada duk tgk cerita hantu…nk percaya kepada hantu atau kepada ALLAH..bdk2 akan belajar..mcmmana kita blajar….nk cakap pnjang pon tak guna la..bg aku sgt setuju…bt satu entry dgn point yg jelas sbb apa anda tak setuju…

    [Reply]

    Sabri Ahmad Reply:

    aku tak setuju sebab usia terlalu mentah , cukuplah ditakutkan dengan cerita hantu dalam tv..kalau untuk darjah 5 6 aku setuju ler

    [Reply]

    ayu Reply:

    pelik org kite ni..takut pd prkara yg patut takut kite bising2, tp klu x takut pd yg patut takut kita buat diam jer.. pndpat sy mmag wajar ditayang pada semua umat islam, x kire tua muda. dlam alquran bebyk kali diceritakan hal azab kubur dan akhirat sbg ingatan.

    Sbg ibu bapa jika ank2 takut kita patut brsyukur bhw ank2 n kita masih hidup hatinya dgn adanya rasa takut terutama pada azab yg telah dijanjikan Allah.

    Perkara ini akan berperanan membentuk jiwa ank2 jika ada pengukuhan dan peneguhan.
    Mcm mane tu… Gini….

    Jika ank2 takut, ty apa yg ditakutkan.
    Jika dijawbnya tkutkan ular besar gigit mayat. Jawab dgn penuh kasih dan pujukan…
    Ha…kalu adik takut kena gigit mcm tu.. jgn buat apa yg ditegah Allah n berikanlah contoh..misalnya jgn dedah aurat,jg menipu n so on.

    Dlm alquran byak dicrtakan ttg azab kbur n akhrt sbg ingatan n amaran, kalu x tkut lg x tau la..

    Beri ingatan dan amaran pada ank2(ini wajib bagi ibu bapa) Jika kita buat dosa semasa hidup, kita x kan terlepas drpd azabNya samada sms idup @ mati. Gambar tu hy tunjukkan azab sms dah mati…je.

    Marilah kita saling ingat mengingati tntang azabNya jika buat kemungkaran.

    Seingat saya tok2 guru yg mengjar/ ceramah agama cuba sebaik mgkin utuk gambarkan sejelas2nya ttg azab spt dlm alquran.Utk apa smua tu…kan spy kita tkut..elok takut drpd x takut.

    assalam

    [Reply]

    Nazri Reply:

    Salam,

    Aku menyokong ´pembelajaran kematian´ni di ajar dari sekolah terendah. Kalau boleh, ajar sekali, mungkin secara asas, tentang mandi jenazah, solat jenazah, talkin tu untuk siapa, kenapa manusia mati, dan lain2. Ini semua wajib diterangkan, dan elok pula dikupas secara hikmah, agar bebudak mudah faham, dan orang tua tak mudah melatah.

    Zaman bebudak bukan zaman toys, naruto, internet games semata-mata. Tapi zaman menerapkan strong foundation - secara lembut dan halus, supaya semua najis maksiat yang kita saksikan terhadap remaja kita kini dapat kita elakkan seawal mungkin.

    Di sudut dunia yang lain, lebih ramai bebudak yang menyaksikan kematian secara live setiap hari setiap masa, sama ada di Afrika disebabkan kebuluran, atau di Palestin disebabkan angkara Zionis laknatullah. Usah tanya budak2, kita ni, cukup tak pengetahuan nak mandi-kapankan mayat, nak imamkan solat jenazah and annouce tentang hutang-piutang si mati, kaedah usung arwah hingga ke lahad? Sedih bila mengenangkan anak-anak muda yang jahil tentang semua ni, padahal entah esok atau lusa mak ayah depa Allah panggil, kemudian terpaksa panggil orang surau untuk uruskan!

    Pendek kata, kalau dapat di strukturkan pelan pembelajaran tentang mati ini, aku pasti tahap tadika dah kena mula dah. Ajarkan tentang semua yang hidup akan mati. Dan yang mati itu hanya sementara, sebelum dibangkit untuk bertemu kembali. Proses2 asas mesti di fahami dahulu. Kemudian sedikit demi sedikit diterapkan hikmahnya, asal-usulnya, dan sebagainya.

    wallahuálam
    Nazri

    p.s: jiwa kita semakin hidup, apabila kita senantiasa mengingati mati.

  3. asx:

    Senang-senang dia dapat publisiti .

    *huhuhu*

    [Reply]

  4. azz:

    hanya org yang cintakan dunia yang takut tgk video tu…. teruskan ditayangkan….

    [Reply]

Leave a Reply

  • 1
  • ...
  • ...
  • 0

Langgan Berita Hot

Sila masukkan email anda jika anda ingin berita terkini dari KongsiBlog.com dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

VIP MyBlogLog

Nampak Pelik

Best viewed using Mozilla Firefox with resolution 1024 x 768. Spreadfirefox Affiliate Button

Ads By

Utiliti