Tayangan Perdana filem Histeria
Lokasi: MidValley Megamall
Tarikh: 18 Nov 2008
Filem Histeria digambarkan sebagai versi filem seram Hollywood dan dikatakan lebih universal. Filem ini mengandungi banyak elemen seram tetapi ringkas dan mudah difahami.
Tak payah fikir panjang2 macam filem Susuk, dan kita akan mengalami ketakutan dengan sendiri. Memang seram, tidak ada kelakar langsung.

seram tak? memang pejam mata tengok part ni.
Melibatkan kos pembikinan RM1.4 juta, filem ini mempunyai unsur mistik Hantu Raya. Lagu tema filem ini, nyayian Nadia AF6 sudah mula hangat. Ianya lagu berentak perlahan yang berhantu.
Antara pelakon filem ini ialah Liyana Jasmay, Scha, Ainul Aishah, Talya, Adiputra dan Vanida Imran.

Liyana Jasmay
Histeria mengisahkan 6 pelajar nakal yang berpura pura dirasuk hingga mengalami histeria. Pihak sekolah yang memanggil bomoh merasa tertipu dengan lakonan mereka. Sebagai hukuman, mereka didenda tinggal di blok asrama lama selama 3 hari, ketika cuti penggal baru bermula.
Kehadiran Zeta sebagai pengawas pemerhati telah mengundang tandatanya, memandangkan terdapat guru yang bertugas di kawasan sekolah tersebut semasa cuti.
Kisah seram bermula bila Junita mengambil sesuatu yang bukan miliknya, yang ditanam oleh tukang kebun. Kejadian seram dan bercelaru dengan kematian seorang demi seorang, termasuk tukang kebun dan cikgu Hilmi.

Ustazah Vanida Imran. Tegas dalam mendidik anak murid yang nakal dan degil.

Ustazah! Kalau ustazah macam ni, sure ramai pelajar lelaki tak ponteng kelas.
Terdapat adegan hangat yang cuba diselitkan dalam filem ini. Antaranya ialah adegan Junita cuba memikat cikgu Helmi (Adiputra) dan cikgu Helmi melayan Junita. Juga adegan almost-kissing Zeta (part ni memang giler. nasib baik sesama perempuan). Sekadar menghangatkan suasana seram.
Kelemahan: Banyak kelemahan dari segi logik akal dalam dilihat dalam filem ini.
Babak Murni mengisi air ke dalam cerek, dan berbual dengan sorang watak lain (susah kot nk ingat watak, i dah la tak hafal watak perempuan, ada 7 orang perempuan lak tu). Ianya mengambil masa yang lama dan kita berfikir bahawa air telah penuh dalam cerek.
Polis menyatakan bahawa 3 orang pelajar lain ditemui mati, dan kenapa polis tidak menemui mayat cikgu Hilmi sedangkan mayat cikgu Hilmi sepatutnya paling senang ditemui: di dalam rumah beliau sendiri.
Watak Ustazah dan guru disiplin sekadar watak tambahan. Ustazah sekadar watak bertudung, tiada unsur nasihat keagamaan yang ditonjolkan. Guru disiplin sekadar menunjukkan perwatakan garang dengan memohon hukuman keras, tetapi berakhir di situ sahaja.
Watak pelajar perempuan yang sepatutnya lemah semangat, tetapi berani kembali ke tempat yang dikatakan berhantu (makmal sekolah, perpustakaan) juga jika difikirkan, memang tak masuk akal.
Satu lagi in term of prop, agak kurang teliti di sini. Kat depan sekolah, tulis besar2 board Sek Men Keb TInggi Tun Teja tapi kat katil di asrama, no inventori dia ialah SMTK/3245 (maybe sek men teknik kajang?)
Hospital dilakonkan di dalam gelap. Memang bagus untuk menimbulkan suasana seram, tapi perlu ke hospital dalam keadaan gelap?
Filem ini boleh dikatakan seram, tetapi belum sampai mengejutkan kita. Ianya sekadar seram yang telah diberitahu apa yang akan terjadi seterusnya. Contohnya, mereka bercerita tentang nampak bayang2 dalam cermin, kemudian baru scene pelajar lama yang ke tandas dan nampak bayang2 dalam cermin. Kita dah dapat agak apa yang akan terjadi.

patung Hantu Raya. for me and ajami, ianya adalah spoiler, sbb orang tak tau jalan cerita, tapi akan tahu akan watak hantu ni.
Penceritaan adalah straight forward. Tiada selindung. Jalan cerita berterusan. Tiada flashback, kita tidak perlu berfikir langsung. Ibaratnya, kalau anda ke toilet selama 30min semasa filem ini, anda boleh kembali menonton tanpa perlu bertanya scene apa yang anda terlepas.
Cerita yang berterusan, tidak memerlukan pemikiran yang mendalam. Twist cerita ini hanya di 2 minit terakhir. Di mana, kita diberitahu siapa yang mengawal semua kejadian ini.
Kalau nak tahu saper yang mengawal, sila tengok pada 18 December nanti.
Bila ditanya antara filem Cicakman, Los & Faun dan filem Histeria, wan letakkan filem Los & Faun sebagai filem wajib tonton pada 4 December ini, kemudian filem Cicakman 2, seterusnya Histeria. Filem Antoo Fighter tidak masuk list ye..
Thanks to Aril yang sudi teman. Kami tiba di MidValley jam 7.20 malam. Daftar sebagai blogger / media di Amarin Thai Restaurant, seterusnya ucapan alu aluan dan majlis makan malam. Ada redmummy, budiey, ajib murai, ajami hashim, adi luqman dan lain - lain.

ini ialah nasik yang redmummy makan

redmummy dan my aril

Adi Putra, Maya Karin dan penyampai MHI (nama apa erk?)
Seterusnya ke Hall 12 GSC untuk filem ini.
ANtara artis yang datang ialah Remy Ishak (dia still ingat nama wan ok! walhal dah lama kami tak berlakon sama), Thumb Cili Padi, Fahrin Ahmad, Jehan Miskin (dengan seseorang yang baru), Arep Hassan, Maya Karin, Vanida Imran, Tony Yusof, Ted Baker dan lain - lain. Eh, buang Arep Hassan dengan Ted Baker, tukang hidang makanan i je mereka ni. Larikk

Aril dan Remy Ishak

Jehan dan seseorang.
On da way balik, Aril still histeria dengan filem tadi. Housemate dia: Shain dan Qmal dah balik kampung, so wan lepak kat rumah Aril je la. Tidur kat katil Shain (ya ampun Shain tak kemas baju atas katil, hang nak lipat 2 bulan lagi baju tu?)
P/S: Ada seseorang suruh I beli suit. Semalam kluar beli kat Pavilion. Plan nk amik Hugo Boss, last - last amik Ted Baker sbb Ted Baker tu kawan i. Not bad lor. RM2699 ngee.
Viewed 73 times by 55 viewers

kemain lg die ye??
“Ada seseorang suruh I beli suit…….Not bad lor. RM2699 ngee”
* wan! spedo kat getah 2 helai, bley? :p
org bayarkan lah
tak sanggup maa..
rm2699 tu mahal giler
suppose i yang p tayangan perdana histeria tapi i balik kg..=( waaa..remy ishak..dah la i minat
ahaks
yes, kalau ikut turn, mmg u yang akan teman i. (ayat very the poligami).
remy ishak? nanti i ajak dia jumpa u kat pak li. i pnh blakon sama kot
yeah..besh nyer…
Wan, thanks for dropping by. =) Sorry terpakse gune comment box ni tuk tinggalkn pesanan. Btw, I’ve replied your comment at the entry you left it.
Take care! Cheers!
Rizxx
comment box better kot. haha. thanks anyway.
Hahaha. =) Boleh je. Nnt I comment g. Cheers!
mau histeria aku tgk citer ni wan..
dh tgk ke?
hehe
best ke?
crite melayu aku malas nk tgk kalo ada org kata betul2 best..
tunggu download je udah..
tapi citer Los dan Faun mmg wajib tgk.
nak ajak aku teman tgk pun aku sanggup
ko memang makan banyak ari tu.. penat i ulang alik angkut makanan bertalam2.. kau memang pelahap kann…. rasakan….
btw… i nak g paris 7 dec ni… x ada ke kawan u ols??.. nak jadi tourist guide i ni.. kang i kena serbu ngan mat susly cam neR???
paris sajor
dalam tangan sajor
paris ibarat shah alam je
muhaha
xde masalah lah
so mana nyer?? sajork2 pun mana?
kan aku dah kasi link dulu kan?
http://wenkt.com/blog/?p=1286
http://wenkt.com/blog/?p=1287
hmmm…. macam best, macam x best citer ni… alamak… bertimbang2 lah pulak nak tgk…. tgu ada org belanja je lah…. keh,keh,keh…..
ahaks
i takkan tgk kalau xdpt invitation
gituh
hahaha
by the way, i add ur link on mine. so senang nk tgk posts baru… keeps on posting ok =)
sure
thanks