Teknik Belajar Lelong di Internet
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sepatutnya hari ini saya ingin menulis mengenai ‘ilmu di kursus keselamatan ICT’ tetapi semalam ( Jumaat 7.11.08) ketika pergi ke gelanggang futsall di Batu Berendam ada satu kemalangan.. Ianya mengenai sebuah van yang meletup ketika mengisi NGV stesen minyak Petronas bersebelahan gelanggang futsal terbabit.

Sebenarnya saya tiba tatkala ianya telah berlaku dan mangsa semua telah tiada.. Malahan pihak bomba pun baru je beredar.. Melihat keadaan van (jenis Toyota Lite Ace) tersebut memang dijangkakan berlakunya cedera parah.. Dan terdapat seorang dari mereka yang telah meninggal dunia.. Innalilah..

Memang amat mengerikan, nasib baik ianya tidak melarat.. Kalau melarat kemungkinan besar saya tidak bermain futsal di situ pada hari tersebut..

Melalui berita-berita didapati bahawa tangki gas van tersebut merupakan sebuah tangki gas memasak LPG biasa yang diubahsuai untuk mengisi gas NGV. Itulah dia kekreatifan yang tidak bertempat.. Memang merbahaya kalau kita memandai-mandai.. Kemungkinan besar insurans kereta tidak akan ‘cover’ disebabkan kelalaian sendiri. Y

Berikut merupakan berita berkaitan peristiwa tersebut :-
Perniaga terbunuh tangki gas van meletup - Malaysiakini
Seorang Peniaga Terbunuh Setelah Vannya Meletup Ketika Diisi Gas - Bernama


Gambar dari Utusan

Gambar dari TheStar

Jadi nasihat saya, jika ingin berjimat sekalipun biarlah mengambilkira masa depan kita. Kalau dah terjadi tiada gunanya..

Tags: , , ,

12 Responses to “Tangki gas meletup di stesen Petronas”

  1. nak jimat tapi tak selamat…. not worth it betul…

    [Reply]

  2. itulah pandai tak bertempat.. bukan kejadian pertama sebelum ni sebuah kereta meletup kat stesyem minyak juga.. orang tua tua kata beringat sebelum kena berjimat sebelum habis..

    [Reply]

  3. org malaysia mmg kreatif..
    ala ala mac guyver gitu..

    [Reply]

  4. cuba tgk dari the star. gmbr tue tangki hijau. petronas. mane x meletok. tekanan len2.

    [Reply]

  5. shax –> ntah le.. kesian ada yang meninggal..
    zino –> tu le kan dah masalah.. jangan le mencuba2 benda2 bahaya camni..
    budak kampung –> kreatif mesti bertempat.. dah jadi camni.. sapa susah.. tokei petronas pun susah ati..
    sweet thinker –> jap lagi tengok.. ari kejadian ingat nak jengok2 tapi tak leh masuk.. polis ada kat dalam.. takkan nak menyebuk kan..

    [Reply]

  6. Begitulah jadinya sekiranya kita masih meletakkan keselamatan di tangga kedua…

    [Reply]

  7. ish ish ish… ni la akibatnya kalau kreatif tak bertempat….

    [Reply]

  8. Kesian, x pasal-pasal meninggal dunia. By the way Zool, aku x jadi ke Melaka. Tukar ke PD. Kalau ke Melaka, kena melawat byk tempat tapi aku nak pergi bercuti, nak lepas-lepak dan berehat-rehat. so aku pilih tepi pantai :)

    [Reply]

  9. camana leh jadi camni. aii..

    [Reply]

  10. kreatif betul orang kita ni.. nk jimat sangat.. nyawa yg melayang

    [Reply]

  11. pergh menakutkan..
    lepas baca blog ligakampung bolehlah pergi ke http://vermicultureternakcacing.blogspot.com

    [Reply]

  12. Gua rasa la… pakai tank NGV ori pon boleh meletup kalau benda nak jadi… nak buat camana…

    nasib baik la gua pakai keter biasa jer… petrol.. tak tukar lagi NGV.. sebab perlukan space untuk isi barang kat blakang tue…

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>