Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Fadhilat Terawih itu palsu? merujuk pada komen noktahhitam
Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Pautan satu | Pautan dua | Pautan tiga | Pautan empat dan banyak lagi..
Selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
menteil August 31st, 2008 at 11:01 pm
salam ramadhan dan selamat berpuasa…
Extremist Thinker September 1st, 2008 at 12:52 am
niat pose xde ke bang?
NoktahHitam September 1st, 2008 at 4:36 am
http://www.negaraku.net/Religion–Humanity/portal-jakim–fadilat-solat-terawih-palsu/
Fadilat Terawih itu palsu, Mufti Terengganu dah sahkan.
bob September 1st, 2008 at 5:46 am
ya selamat semua
megat September 1st, 2008 at 8:37 am
selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan ramadhan yang mulia lagi suci. semoga kita bersama menerima fadhilat dan rahmat dari-NYA.
Mohd Hafifi September 2nd, 2008 at 10:07 am
Selamat Berpuasa
wizurai September 2nd, 2008 at 10:55 am
selamat berpuasa yek!
kaloi September 4th, 2008 at 8:46 am
disebabkan hidup aku masih huru hara dek perpindahan habitat ke habitat baru,aku dah ponteng teraweh hari pertama
Extremist Thinker September 4th, 2008 at 10:13 pm
slmt berpuasa.
afham August 31st, 2008 at 11:48 pm
selamat berpose!!