Sambutan Bulan Kemerdekaan, Dimana Silapnya!?

Ada 12 hari lagi kita akan berada pada tarikh keramat dimana perjuangan rakyat Malaysia terdahulu memerdekakan tanah air tercinta dari jajahan asing. Dari mulut mereka generasi yang terdahulu yang menyaksikan peristiwa tersebut, aku dapat lihat betapa teruja dan patriotiknya mereka.

Sebelum ini pun kita dapat merasakan kehangatan dan semangat patriotik yang ditunjukkan oleh rakyat Malasyia. Penuh dengan kemeriahan. Penuh dengan kibaran jalur gemilang di rumah-rumah dan kereta-kereta. Penuh dengan semangat patriotik. Di media massa seperti di televisyen dan radio malah di blog juga tak kurang meriahnya.

Tapi kini seperti ada sesuatu yang tak kena, apakah yang telah terjadi!? Adakah mungkin disebabkan tarikh berkenaan sehari sebelum kita menyambut bulan mulia iaitu bulan ramadhan al-mubarak atau disebabkan oleh kesibukan kerajaan yang tertumpu di Permatang Pauh!?

Tapi yang pastinya ianya bergitu hambar sehingga nampak jelas kesuraman sambutannya seolah-olah merdeka pada tahun ini tiada makna apa-apa.

Kalau sambutan berkenaan terpaksa dilupakan pasal umat islam negara ini nak menyambut bulan mulia tak apa lah tapi jangan pula kerana sibuk dengan agenda di Permatang Pauh sana! Mungkin peruntukan dah tertumpu ke Permatang Pauh kot.

Aku takut jika sikap sebegini diamalkan, maka generasi baru akan menganggap erti kemerdekaan seperti tiada maksud apa-apa. Teringat pula anak aku yang berusia 5 tahun tanya aku,

Pa bila nak sambut mendeka (merdeka)? Dah lama tak main jalur gelimang (gemilang).

Anak-anak kecil seperti anak sulung aku pun sudah mengerti, lagi la kalau ada bunga api (hu3).

Apatah lagi yang sudah bersekolah dan perlu mendalami sesuatu seperti ini. Perlunya mereka berjiwa patriotik demi bangsa dan agama. Mereka adalah generasi seterusnya yang bakal menyahut seruan generasi yang sebelum mereka.

[tags]patriotik, merdeka, tanah air, malaysia[/tags}

Kau suka membaca entri di blog ini? Terus menikmati dan menerima kemaskini artikel-artikel menarik dengan melanggan RSS ini!

Entri-entri lain yang menarik

41 Responses to “Sambutan Bulan Kemerdekaan, Dimana Silapnya!?”

  1. taukey kata :

    bendera pun takder kat tepi jalan, kat tv pun hambar, television pun takder. ah macam macam sekarang

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    rasa macam terkilan lak kan. rasa macam tiada laungan kemerdekaan pada tahun ini.

    adakah mereka terlalu taksub dgn permatang pauh!!??

    [Balas Komen]

    kita Reply:

    yup…mereka semua sibuk memikirkan isu yang lebih remeh dari kemerdekaan

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    tak faham pula aku kenapa perkara sebegini boleh berlaku!!?? apakah jiwa patriotik ada kena mengena dengan kerajaan yang memerintah?

    atau mereka takut kerajaan dirampas sehingga tidak peduli akan kemerdekaan negara!?

    [Balas Komen]

  2. |1f34|-|1r3 kata :

    hehe..diorang save budget untuk permatang pauh ler tuh…aku dengar xramai taukey sponsor untuk BN skang psl takut BN tumbang…ko xsponsor pape ke taukey ?

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    yer ker!? macam ada konspirasi je!?

    itu lah punca utama mereka berebut mentadbir negara. muslihat macam ni yang patut kita elakkan!

    [Balas Komen]

    |1f34|-|1r3 Reply:

    taukey2 ni umpama melabur..so time BN kukuh..diorang melabur la kt BN bebanyak..nanti senang dapat project…tp bila BN goyah..diorang xberani nak tabur duit..takut x dapat balik nanti..kot2 PR menang nanti…rugi jer diorang tabur kat side yg kalah nanti…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    setuju. aku dah lihat beberapa kes camni. member rapat lak tu. hu3.

    ianya dikira sebagai jaminan perniagaan mereka. ini merupakan satu strategi perniagaan juga kan!?

    [Balas Komen]

    |1f34|-|1r3 Reply:

    betol la tuh…aku setuju ko kata itu satu strategi perniagaan…tp aku xakan setuju kalau ko cakap itu satu strategi perniagaan yg baik pasal itu bergantung pada satu titik yg belum pasti atau satu pemboleh ubah yg boleh berubah pd bila2 masa saja…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    sudah tentulah perniagaan yang tidak baik dan punyai agenda yang tersendiri. he3.

  3. shikin_shem kata :

    awal aug aritu sy ade tnye seorg driver taxi .. nape ek xdek pape pon utk Merdeka ni.. driver taxi tu kata.. still early lagik.. tgu 15th la .. then now da 18th.. yet still xdek pape perubahan.. no flag.. no banner.. no iklan.. no song… mne sume tu?????

    kerna election? kerna olimpik?? kerna english premier league?? or kerna isu annuar/subramniam/raja petra… hal MERDEKA dilupakannnnnnnnn..

    what da HAL????

    haiizzzz

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    betul la shem. sebelum ni pertengahan bln julai memasing dah sibuk. dan sambutan akan dilancarkan seawal bln ogos.

    tapi kali nampak begitu mengecewakan. seolah tiada seri. tiada patriotik. tiada silaturrahim. hu3.

    [Balas Komen]

  4. Extremist Thinker kata :

    hehe… nmpk merah la blog nie. cam nk sambut raya cine je. huhu! slmt hari merdeka. tuan rumah up satu bendera. hoho!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    ko ada buat banner ke!? sebelum ni ada juga skrip utk bendera sempena merdeka dan biasanya blog nampak meriah dengan banner tu.

    kenapa tahun ni xde!? adakah ini kesilapan kerajaan atau individu itu sendiri?

    xpe. kita sambut dua orang jer la . hu3.

    [Balas Komen]

  5. chot kata :

    buat pertama kalinya aku xde rasa feel pasal sambutan merdeka…ntah la..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    sama juga dengan aku. rasa macam bkn bulan ogos.

    pertama kali dalam umur aku juga. kita dibesarkan dalam suasana kemeriahan menyambutnya dan disuntik semangat patriotik yang tinggi.

    oh apa dah berlaku?

    [Balas Komen]

  6. rohaizad kata :

    aku: pemerhati.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    apa tugas kita sbg penulis blog bila berlaku macam ni?

    [Balas Komen]

  7. menteil kata :

    er.. betul jugak..
    cam xde perasaan jer..
    selalu aku mesti ada gantung2 bendera…
    tahun nie xde plak..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    pelik kan? seolah-oalah jiwa mati kan? adakah kerana dengan tiadanya kibaran jalur gemilang, iklan di tv dan radio maka jiwa kita turut mati?

    seperti terkena sumpahan pula. kenapa sbg individu kita tak mulakan?

    [Balas Komen]

    ina Reply:

    yela..tul gak..tetiap taun xpenah sye xpasang bendera..xkire ah kt umah ke, keta ke..p, taun ni mcm xde feel jek..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    itu kenyataan yang menakutkan setelah kita dibesarkan dalam suasana meriah semasa menyambut bulan kemerdekaan.

    [Balas Komen]

  8. Noranizam Hj Demin kata :

    aku tetiba rs nk pindah negara lain lak…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    tu la pasal. sungguh menyedihkan!

    [Balas Komen]

  9. xmindfreakx kata :

    ntah…aku awal2 bulan sudah semangat dengan merdeka..sebab itu aku buat contest…ya….aku harap,aku yang mulakan,dan cuba memeriahan..tapi….nampaknya..aku jer la yang beria..dan juga mereka2 yang masuk contest aku yang ada spirit…thanks…juga kepada para blogger yang perasan tentang ini…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    setuju. entri mengenai merdeka juga kurang, malah hampir tiada berbanding pada tahun-tahun sebelum ini.

    tahniah atas peraduan kau. sekurangnya ada juga yang masih bersemangat tentang kemerdekaan negara.

    [Balas Komen]

  10. melayubuntu kata :

    hmmm…
    no komen..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    no komen pun komen juga. he3.

    [Balas Komen]

  11. myadlan kata :

    yea.. ada tulis jugak dlm utusan pasal kesuraman sambutan kali ni..
    nak berjimat katanya..
    apa kata blogger2 malaysia memacak bendera malaysia dlm blog masing2..
    pasti nmpk suasana walaupun skadar dlm alam siber ni..hehe

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    itu pun sudah mencukupi bagi seseorang blogger atau pengguna internet. sekurang-kurangnya kita dapat tunjukkan semangat patriotik kita!

    [Balas Komen]

  12. ina kata :

    p mmg xbestla this yr pnyer celebration..mmg xpatriotik lgsg..slalunye time2 gini bendera dah sepah2 dah kt jln2 raye..p kan rase2nye mesti rakyat pon rase frustla ngn gomen sbb terlalu bebankan rakyat dgn harga brg2 yg asik2 naek..turunnye xgak..diorng maybe lupe kot yg rakyat dia sbnarnye lagi ramai kat private sector compare gomen..kuikui…

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    frust dengan gomen!? tapi bukankah jiwa patriotik sepatutnya berada dalam setiap rakyat!?

    atau mereka tidak rasa diri mereka tidak merdeka lagi!?

    [Balas Komen]

  13. ina kata :

    yep..tu mmg tul..p bkn sume owg yg akan pikir mcm tue..they just think simple..if sume owg pikir mcm awk ckp..xkan ade isu sambutan merdeka ni jadik muram..sumenye akan jadik happening & meriah..

    but the issue is, knape owg nak campur adukkan hal politik,ekonomi & hal ehwal semase dgn merdeka??!!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    betul juga apa yg awk katakan. ntah lah sy tak faham apa masalah sebenar yg berlaku.

    klu ya pun masalah ini berlaku kerana isu semasa yang berlaku, alamatnya silap2 makin pudarlah semangat kemerdekaan yg telah dipupuk sekian lama. hu3.

    [Balas Komen]

  14. ina kata :

    ya btul..kalaula xde sape2 yg nak bangkitkan balik smgat patriotik ni, alamatnyer lagi 5 ke 6 tahun akan dtg makinla xde smbutan agaknyer..silap aribulan ade gak dak2 yg tanye ade ke merdeka tuh??lagila kesian…kuikui..

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    nampak gaya macam tu lah.

    [Balas Komen]

  15. diya kata :

    kesan politik sgt kuat kot.

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    jangan kerana politik punya hal, negara menjadi huru hara. hu3.

    [Balas Komen]

  16. sawah kata :

    betullah. x rasa pape langsung. keta pon x byk pki bendera thn nih. agak2 kat permatang pauh sana, lagi byk bendera msia/penang ke, lagi byk bendera umno/pkr?
    hihihi *peace!

    [Balas Komen]

    Megat Reply:

    pelik kan!? aku juga semakin tak faham dengan apa yang terjadi. hu3.

    [Balas Komen]

  17. Merdeka? Oh Well..... I Hope So.... | JustinKC Personal Blog kata :

    [...] Don’t Ya Think? by CherWith 6. Are we even celebrating Merdeka this year? by NickTay 7. Sambutan Bulan Kemerdekaan, Dimana Silapnya!? by [...]

Tinggalkan Komen.