Sekarang aku sedang online di Starbucks bertempat di Sunway Carnival , tujuan utama aku online di sini adalah untuk membuat kerja-kerja aku yang belum dapat aku selesaikan . Esok sudah mahu ke KL , esok pagi . Terpaksa drive kerana Tiket semuanya sudah habis . Arh! , terpaksa aku menabur minyak di jalanan lagi .
Aku dah lihat Eagle Eye pada hari sebelumnya , KAMI aku nak tengok malam nanti (pukul 9.00 Malam di sini juga) . Marilah tengok bersama aku! , aku belanja pop corn pada semua ! .
Balik kepada Eagle Eye , Terus terang aku katakan filem ini dah masuk senarai wajib tonton dan berada di carta kelima . Bagi aku , filem ini adalah gabungan filem Die Hard 4.0 dan Stealth .
Kenapa? . Jikalau Die Hard 4.0 , manusia yang mengawal segalanya , tapi dalam cerita ini , komputer yang buat . Sama juga seperti Stealth , komputer yang mengawal , Bentul kedua-dua alat di dalam stealth dan Eagle Eye pun seakan-akan sama , kedua-duanya berbentuk bulat . *Semua orang nak yang bulat bulat . =) , yang bezanya stealth mengawal kapal terbang dan eagle eye mengawal dunia . Apa lagi ? . Sila sambung di bawah =)
Discuss Add this link to... Bury

Login
Sign Up




Comments